14 Pekerjaan Bergaji Tinggi Yang Paling Pelik Di Dunia

Pasti terdapat individu-individu di luar sana yang tidak suka bekerja. Mungkin mereka sebenarnya ingin bekerja, tetapi mereka mahu pekerjaan yang lebih menarik, bukan pekerjaan biasa di pejabat yang biasa sahaja.

Sekiranya anda tergolong di dalam kategori ini, senarai ini mungkin boleh menjadi inspirasi untuk anda mencari pekerjaan yang lain daripada yang lain. Gajinya juga amat tinggi, cubalah lihat.

14. Pengerekot Profesional

Anda seorang yang manja dan suka berpelukan, pekerjaan ini sesuai untuk anda. Bayarannya sebanyak 60-80 USD selama 1 jam.

13. Penyelam Bola Golf

Anda tahu apa yang akan dilakukan sekiranya bola golf termasuk ke dalam kolam di padang golf. Permainan akan disambung. Walau bagaimanapun, bola golf tidak dikumpul sehingga kolam-kolam dipenuhi bola golf. Terdapat individu yang mengumpul semula bola-bola tersebut, iaitu penyelam bola golf.

12. Penguji Makanan Binatang Peliharaan

Untuk memastikan makanan mereka baik untuk kesihatan, terdapat individu yang mencuba makan makanan tersebut untuk menguji kualitinya.

11. Penguji Katil

Pasti pekerjaan ini sangat seronok. Sebenarnya pekerjaan ini amat serius. Demi kebaikan pelanggan hotel dan syarikat katil, individu ini mesti pastikan katil tersebut tidak ada apa-apa kecacatan langsung.

10. Penghidu Tisu

Mereka memastikan tisu baru tidak mempunyai bau yang tidak disukai.

9. Tukang Rasa Kulit Muka

Pasti sukar untuk lakukan kerja tanpa tersengih atau terketawa pada kali pertama. Mereka perlu uji kelembutan kulit muka dengan tangan mereka sendiri. Pekerjaan ini penting bagi syarikat produk penjagaan kulit.

8. Tukang Beratur

Sekiranya anda tidak mahu beratur dengan lama untuk membeli produk baru, cubalah servis tukang beratur ini.

7. Penguji Gelongsor Air

Pekerja ini perlu gelongsor turun banyak kali untuk pastikan gelongsor air tersebut selamat, cukup air dan juga menyeronokkan.

6. Pengumpul Cecair Racun Ular

Rajunnya dikumpul untuk membuat penawar mangsa gigitan jenis ular tersebut.

5. Peragawati Bahagian Badan

Sebenarnya wujud pekerjaan peragawati yang hanya perlu memaparkan sebahagian daripada badan sahaja, sperti tapak tangan atau kaki cantik.

4. Pengumpul Cacing

Cacing yang dibeli sebelum anda pergi memancing sebenarnya dikumpulkan oleh individu ini pada waktu malam.

3. Penguji Aksi Atau ‘Stunt’

Cerita seperti X-Factor ataupun Fear Factor memerlukan pekerja ini untuk pastikan lipas ataupun benda menjijikkan yang lain adalah selamat untuk dimakan. Bayarannya juga amat tinggi kerana pekerjaan ini berisiko tinggi.

2. Model Tanpa Pakaian

Anda sendiri pernah menonton cerita Mr.Bean. Dalam kelas seni, untuk pastikan pelukis mereka menjadi profesional, mereka juga dikehendaki melukis wanita tanpa pakaian.

1. Penghidu Ketiak

Seperti yang disangka, mereka merupakan aset penting bagi syarikat deodoran. Mereka yang pastikan bau ketiak manusia serata dunia cukup wangi untuk kebaikan semua.