“Kau Tipu Diri Sendiri..” – Shila Amzah Dituduh Terpaksa Bertunang….

Hujung minggu lalu, penyanyi popular bertaraf antarabangsa Shila Amzah selamat bertunang.

Umum sedia maklum, Shila Amzah telah mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya Haris pada Jumaat lalu.

Majlis pertunangan berlangsung secara meriah dan telah diadakan di kediaman ibu bapa Shila Amzah di Cheras.

Majlis pertunangan itu ternyata mengejutkan ramai kerana tidak ramai yang menghidu hubungan Shila Amzah dengan jejaka berkenaan.

Malah, majlis itu berlangsung secara tertutup dan dirahsiakan dari para follower dan juga pihak media.

Namun begitu, peminat setia Shila Amzah tumpang gembira melihat kebahagiaan penyanyi yang mendapat perhatian di negara China itu.

Tetapi masih ada pihak yang kurang berpuas hati dan adayang tidak ‘suka’ dan meninggalkan komen negatif di instagram penyanyi tersebut.
Malah ada dakwaan mengatakan Shila hanay menipu diri sendiri dan tunang seperti terpaksa.
Ada juga menulis Shila hanya nak cepat-cepat bertunang gara-gara bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad sudah berkahwin dan kini bahagia di alam perkahwinan dengan Noor Nabila, kakak Neelofa.
Seorang follower instagram Shila Amzah mendakwa Shila sebenarnya hanya berpura-pura bahagia. Dia juga mendakwa, gara-gara Sharnaaz sudah berkahwin, Shila mengambil keputusan untuk bertunang.
Ini komennya:

Komen itu sememangnya tuduhan yang amat berat dan menjadi perhatian di laman media sosial Shila Amzah.

Penyanyi ini terkesan dan seterusnya memberi respon balas.

Dakwaan tersebut disangkal Shila Amzah. Menurutnya, dia bersyukur akhirnya telah berjumpa dengan jodoh sebenarnya. Selepas beberapa kali bersama dengan orang yang salah, akhirnya Shila jumpa tunangnya yang digelar ‘mr right’.

Bagi Shila Amzah dia dan tunang kini sangat bahagia bersama dan sangat kesal peminat tak boleh terima hakikat itu malah menggelar peminatnya itu telah dibutakan.

Ini respon balas Shila Amzah:

Sumber : pagez