“Terkejut Perangai Lara Alana” – Scha Al-Yahya

on “Terkejut Perangai Lara Alana” – Scha Al Yahya

Pasangan suami isteri selebriti popular Scha Al Yahya dan Awal Ashaari mempunyai seorang anak yang comel iaitu Lara Alana.

Lara Alana sememangnya antara kanak-kanak yang paling popular di Malaysia. Laman IG milik Lara Alana telah mencecah 2.9 juta follower.

Dalam perkembangan terkininya, Scha Al Yahya dan Awal Ashaari terkejut dengan perangai puteri sulungnya, Lara Alana ketika berada di Disneyland, Hong Kong pada pertengahan Oktober lalu.

Scha Al Yahya memberitahu dia tidak menyangka Lara Alana berasa seronok apabila disolek dan memakai pakaian seperti watak kartun Cinderella.

Memang langsung tidak berlaku sebarang masalah apabila Lara Alana bersolek dan juga melaram seperti Cinderella.

Ini gambar ketika Lara Alana disolek:

Ini pendedahan Scha Al Yahya:

“Kami memang terkejut dengan perangai Lara yang sebelum ini memang tak mahu disolek atau letak sebarang solekan di muka.

“Kalau nak bersiap tu, dia tak boleh duduk diam tapi semasa kami prergi Disneyland, Hong Kong, perangai dia berubah Lara ketika masuk tempat dressing room untuk kanak-kanak.

“Dia hanya duduk diam sahaja dan membiarkan orang itu meletakkan solekan pada mukanya. Mungkin sebab dapat feeling jadi puteri itu yang buat dia rasa teruja

Mereka sekeluarga telah pergi bercuti di Hong Kong dan telah melalui detik indah ketika bercuti di negara berkenaan.

Sebenarnya Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan Lara Alana menikmati percutian di Hong Kong pada 18 Oktober lalu selama enam hari bagi mempromosikan negara tersebut.

Awal Ashaari dan Scha Al Yahya mendedahkan perkara berkenaan ketika ditemui di majlis pelancaran Hong Kong Live in Kuala Lumpur di KLCC.

Menurut Awal Ashaari, anak sulungnya itu sanggup memakai kasut tumit tinggi sepanjang seharian mereka berjalan di sana.

Biarpun tumit kasut tersebut sudah tercabut, Lara Alana tetap mahu berlari dan tidak mahu menanggalkannya sehingga waktu malam.

Ini pendedahan Awal Ashaari pula:

“Sampai ke malam dia tak nak tukar baju dan kasut. Seharian Lara pakai baju seperti Cinderella dan berlari dengan kasut tumit tinggi.

“Biarpun tumit kasut tu dah tercabut, dia paksa saya pasang balik dan sambung berlari”

Sementara itu, Scha dan Awal gembira melihat anak mereka itu dapat pengalaman baru di negara berkenaan.

Ini komen Scha lagi:

“Memang sebelum ini kami pernah bawa Lara bercuti tapi masa itu dia kecil lagi dan tidak faham apa-apa.

“Kali ini dia dah besar dan rasa pengalaman baru itu sendiri. Ada sahaja yang dia nak tahu dan tanya pada kami sepanjang percutian itu”

Nampaknya Lara Alana dah semakin membesar dan mula menunjukkan minat seperti seorang perempuan.

Sumber: mStar